Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 4/10/2018

340

Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD berdasarkan indicator Moshed Magic Line pada dagangan semalam, harga dilihat bergerak turun naik menguji paras 1.3000 dan juga Magic Pivot. Harga kemudian jelas menunjukkan penurunan harga dibuat pada sesi pasaran New York semalam sehingga harga berjaya mencecah paras support MagicS1 pada lewat sesi. Penurunan harga disebabkan faktor nilai USD yang mengukuh dan mendominasi dalam pasaran berbanding majoriti matawang utama dunia yang lain disamping data perkhidmatan di UK pada September yang dicatatkan lemah.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan di bawah paras Magic Pivot 1.2960 dan bergerak di sekitar paras 1.29300 setakat jam 2.20 petang. Jika harga menyambung penurunan yang dibuat semalam, harga dilihat akan terus menuju ke paras support 1.2897 (MagicS1) dan menguji paras tersebut. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut dan membuat Lower Low yang baru, jangkaan harga akan menuju ke paras support 1.2860 (MagicS2) terlebih dahulu sebelum membuat penurunan ke paras lebih rendah berkemungkinan boleh mencecah ke paras support 1.2797 (MagicS3) di mana paras tersebut adalah terendah yang dicapai pada September yang lalu.

Namun, jika GBP kembali mengukuh berbanding USD atas faktor rundingan Brexit yang kembali positif, berkemungkinan harga akan melonjak kembali melepasi paras Magic Pivot sebelum menguji paras resistance yang berada di 1.2998 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Kemudiannya, harga dijangka akan meneruskan kenaikan menuju ke paras SBR yang seterusnya dan dilihat paras resistance 1.3060 (MagicR2) berada berdekatan zon tersebut. Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut untuk membuat kenaikan ke paras yang lebih tinggi, jangkaan harga akan ke paras resistance 1.3098 (MagicR3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit yang terus mempengaruhi nilai matawang sterling dalam pasaran juga untuk memantau pergerakan harga pada chart GBP/USD ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam mencari paras-paras penting pada chart untuk memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2897, 1.2860, 1.2797.

Paras resistance: 1.2998, 1.3060, 1.3098.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat