Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 8/10/2018

276

Matawang GBP masih menunjukkan momentum yang positif dalam pasaran semasa atas faktor rundingan Brexit yang kembali positif. Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Jumaat lalu terus positif di mana ketika data pekerjaan NFP dikeluarkan, GBP mengambil kesempatan di atas data yang dikeluarkan agak bercampur-campur utk USD dan mampu melonjakkan harga ke paras lebih tinggi. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot dan meneruskan lonjakan ke paras resistance MagicR2 dan menutup harga di paras sekitarnya walaupun sedikit membuat penurunan ke paras resistance MagicR1 sebelumnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan kemudiannya membuat penurunan ke paras Magic Pivot 1.3079 hari ini pada awal sesi pasaran Eropah. Jika matawang GBP terus optimis atas faktor Brexit yang terus positif, jangkaan harga akan terus membuat kenaikan dan paras resistance terdekat yang dilihat berada di paras 1.3155 (MagicR1) berkemungkinan akan dituju harga. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, harga dijangka akan menguji paras resistance 1.3199 (MagicR2) yang dilihat berada di zon tumpuan harga sebelum ini. Dan seterusnya, jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai paras resistance 1.3274 (MagicR3).

Sebaliknya, jika USD kembali berjaya mendominasi dalam pasaran semula, jangkaan harga bakal kembali membuat penurunan dan paras awal yang dilihat menjadi tumpuan harga adalah pada support 1.3035 (MagicS1). Seterusnya, jika harga berjaya membuat penurunan melepasi zon RBS (resistance become support) pada 1.30200-1.30000, jangkaan harga akan menuju ke paras support 1.2959 (MagicS2) atau seterusnya ke paras support yang lebih rendah berada di paras 1.2915 (MagicS3).

Beri tumpuan pada perkembangan rundingan Brexit yang masih menjadi tumpuan dalam pasaran semasa dan banyak mempengaruhi pergerakan harga khususnya pada chart GBP/USD ini. Lihat paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.3035, 1.2959, 1.2915.

Paras resistance: 1.3155, 1.3199, 1.3274.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat