Analisis Teknikal Mingguan 9 Oktober – 13 Oktober 2017

97

EUR/USD – Analisis Mingguan 9 Oktober – 13 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga EUR/USD masih gagal untuk breakout Key Support mingguan iaitu 1.1680 dan selagi ia tidak dibreakout, secara teknikal potensi masih kuat ke arah momentum wave bullish (HL,HH,HL,HH) dengan ia membentuk new HL sekitar harga tersebut.

Pada minggu ini, sekiranya ia masih gagal untuk breakout paras harga ini target yang berpotensi untuk dicapai adalah di sekitar harga 1.1850/60 sebelum ia bearish semula. Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support ini, EUR/USD akan mulai melakukan retracement bearish ke harga yang lebih rendah iaitu 1.1560/50.

Jadi, Key Support minggu ini penting untuk diperhatikan bagi menentukan samada ia akan mulai bullish ataupun sebaliknya.

GBP/USD – Analisis Mingguan 9 Oktober – 13 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga pasaran bagi GBP/USD bearish minggu lalu setelah ia breakout support terhampir iaitu 1.3250 dan mencapai harga sekitar 1.3030. Mengikut pergerakan momemtum wave ketika ini, mood masih menunjukkan pergerakan bullish(HL,HH,HL,HH) dan jika ia tidak breakout Key Support minggu ini, kebarangkalian untuk GBP/USD bullish pada minggu ini adalah tinggi.

Tetapi sekiranya ia breakout, GBP/USD akan bearish ke harga support seterusnya iaitu 1.2850/00 sebelum ia berpotensi untuk membuat kenaikan. Target bullish terhampir adalah di sekitar harga 1.3250 atau ke harga yang lebih tinggi lagi bagi membentuk new HH.

AUD/USD – Analisis Mingguan 9 Oktober – 13 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

AUD/USD telah bearish sejak 3 minggu lalu, dan kini harga berada di sekitar harga yang berpotensi untuk membentuk new HL sebelum ia kembali bullish. Jadi selagi harga masih tidak breakout harga sekitar 0.7750/30, AUD/USD berpotensi untuk bullish dan target mingguan adalah ke sekitar harga 0.7850 atau ke 0.7900.

Jika breakout, target bearish adalah ke sekitar harga 0.7680. Oleh itu, penting untuk perhatikan di timeframe yang lebih kecil apakah buy signal/confirmation yang akan berpotensi terbentuk di sekitar harga Key Support minggu ini sebelum mengambil keputusan memasuki pasaran.

USD/JPY – Analisis Mingguan 9 Oktober – 13 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga USD/JPY masih gagal untuk breakout harga sekitar Key Resistance zone iaitu 113.14 dan ia telah terbentuk bearish pin bar yang menunjukkan potensi untuk ia mulai bearish. Jadi sekiranya USD/JPY gagal untuk breakout harga ini, ia akan bearish dan target terhampir yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar harga 111.60 atau ke 110.80 bagi membentuk new HL sebelum bullish.

Walaubagaimanapun, jika breakout, harga USD/JPY akan terus bullish dan mencapai ke resistance seterusnya iaitu 114.14 atau ke harga yang lebih tinggi ini. Jadi, kebarangkalian adalah lebih tinggi untuk bearish selagi tidak breakout 113.14 pada minggu ini berbanding bullish.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 9 Oktober – 13 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga GBP/JPY bearish dan telah mencapai target ke sekitar Key Support Zone seperti yang dijangkakan minggu lalu. Penurunan GBP/JPY mencecah lebih kurang 250 pips. Jika diperhatikan, GBP/JPY kini berada di sekitar zone ‘long’.

Peluang yang boleh diperhatikan adalah selagi ia tidak breakout harga 146.50 dan membentuk pattern/candlestick reversal ke arah bullish. Kebarangkalian adalah tinggi untuk ia mulai membuat kenaikan pada minggu ini.

Walaubagaimanapun, jika breakout harga Key Support 146.50 ini, ia akan bearish ke harga yang lebih rendah lagi. Oleh itu, penting untuk diperhatikan samaada ia akan dibreakout atau sebaliknya pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat