Analisis Teknikal NZD/CAD – Timeframe H1 – 15/8/2018

440

 

Sentimen semasa pasaran global yang dilihat tidak stabil baru-baru ini antara salah satu faktor utama yang mempengaruhi pergerakan harga bagi matawang NZD.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) sebelum ini mengekalkan kadar faedah sedia ada dengan kenyataan dovish, sekaligus melemahkan nilai matawang Kiwi itu. Pasaran risk-off disebabkan isu geopolitik Turki-Amerika menyebabkan matawang NZD dilihat agak berisiko dan pelabur beralih ke matawang yang lebih selamat.

Ekonomi negara China yang lemah turut membuatkan matawang NZD terkesan. Bagi CAD pula, nilai matawang tersebut terus mengukuh ekoran laporan Arab Saudi yang menyatakan akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebelum ini.

NZD/CAD semalam telah membuat penurunan dari paras resistance 0.8660 sehingga ke paras support 0.8574 dimana harga telah menembusi (breakout) harga di paras 0.8605. Harga bergerak perlahan sejak sesi pasaran Asia awal pagi tadi dan masih bergerak sekitar zon support semalam di 0.8574.

Jika harga berjaya menembusi support di paras 0.8546, harga mampu mencapai penurunan sehingga paras 0.8460. Ikuti perkembangan isu pengeluaran minyak mentah dan sentimen pasaran semasa untuk memantau pergerakan harga bagi NZD/CAD.

Paras support: 0.85466, 0.85168, 0.84590.

Paras resistance: 0.86044, 0.86920, 0.87218.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat