Analisis Teknikal NZD/JPY – Timeframe H1 – 21/8/2018

421

Sentimen semasa buat NZD masih tidak banyak perubahan di mana matawang NZD masih lagi dilihat positif berikutan pasaran global semasa masih lagi dalam keadaan stabil serta rundingan dagangan antara AS-China dijangka akan memberi impak positif.

Di samping data harga pengeluar di New Zealand yang mencatatkan bacaan yang baik baru-baru ini, NZD terus disokong oleh kritikan Presiden Donald Trump ke atas dasar penetapan kadar faedah oleh FED yang menyaksikan kejatuhan nilai matawang USD. Ia seterusnya dijangka meningkatkan permintaan terhadap NZD.

Pasaran global semasa yang kian stabil setelah ketegangan perang dagang antara AS-China sedikit reda dengan kedua-duanya bersetuju untuk mengadakan rundingan dagang di Washington akan memberi kesan terhadap matawang JPY. Jangkaan permintaan JPY akan berkurang dan akan melemahkan matawang tersebut.

Pergerakan harga bagi matawang NZD berbanding JPY dilihat agak mendatar dan tiada pergerakan besar selepas penurunan dibuat pada minggu pertama Ogos ini. Paras support semasa yang dicapai adalah pada 72.400 dan harga bergerak di bawah resistance 73.300 selama dua minggu berturut-turut.

Semalam, harga dilihat bergerak menurun tetapi dengan kadar yang perlahan di antara julat harga 73.417-73.013. Pada sesi pasaran Asia hari ini (selasa), harga dilihat membuat kenaikan kesan daripada kritikan Trump terhadap dasar kadar faedah di US.

Harga semasa berada pada zon harga 73.450 dan dilihat cuba mencapai paras resistance terdekat di paras 73.700 jika harga terus mengukuh. Namun sebaliknya jika harga membuat penurunan, dan menembusi (breakout) support pada 72.900, paras yang menjadi tumpuan harga adalah pada support 72.400 yang telah dicapai sebelum ini. Sentimen semasa yang berubah-berubah bakal memberi kesan terhadap arah pergerakan harga bagi NZD/JPY ini.

Paras support: 72.900, 72.754, 72.496.
Paras resistance: 73.304, 73.562, 73.708.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat