Analisis Teknikal NZD/USD – Timeframe H1 – 7/9/2018

434

Matawang New Zealand Dollar didagangkan lemah pada minggu ini berikutan krisis perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China membuatkan matawang Kiwi itu turut terkesan. Sehubungan dengan krisis tersebut, China dilaporkan telah memberi amaran mengenai tindakan balas sekiranya Presiden Trump meneruskan tindakan beliau mengenakan tarif tambahan terhadap barangan import China sejumlah $200billion.

Pasaran yang dilihat masih berisiko (risk-off) memberi kesan terhadap keyakinan para pelabur dalam pasaran. Pelabur juga masih melihat kepada pertumbuhan ekonomi di New Zealand yang dijangka perlahan oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Sementara itu, pergerakan besar harga bagi matawang USD dijangka oleh pasaran pada malam ini berikutan data penting yang ditunggu setiap bulan iaitu kadar purata gaji, perubahan jumlah pekerjaan dan kadar pengangguran di AS akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini.

Pasaran yang optimis terhadap USD atas faktor data-data ekonomi yang banyak memihak kepada USD sebelum ini, menjangkakan USD bakal meneruskan pengukuhan pada malam ini. Sektor perkilangan yang sedang berkembang dengan kadar yang cepat serta kenyataan dari Bostic iaitu salah seorang dari ahli FED menyatakan bahawa sektor perkerjaan AS dalam keadaan mengukuh, meningkatkan lagi keyakinan pelabur terhadap nilai matawang USD untuk terus kukuh. Namun, semuanya bergantung terhadap bacaan data yang bakal dikeluarkan malam nanti.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang NZD/USD pada dagangan semalam dilihat sedikit mendatar dan pergerakan harga di antara julat harga 0.66151-0.65711. Sebelum itu, harga telah membuat kenaikan dari paras support 0.65450 pada Rabu lalu dan tidak berjaya menembusi (breakout) paras SBR (support become resistance) pada 0.66200 sebelum membuat penurunan semula. Pada sesi pasaran Asia hari ini juga, harga dilihat membuat pergerakan yang lemah dan perlahan dimana harga menyentuh paras support 0.65650 sebelum naik semula dan harga semasa bergerak di sekitar paras 0.65800 setakat jam 4.45 petang.

Pergerakan harga dijangka akan perlahan ekoran pasaran menunggu data-data penting malam ini melibatkan matawang USD dimana jangkaan akan berlaku pergerakan besar harga. Jika harga membuat penurunan, tumpuan adalah pada support 0.65450 dan jika harga berjaya menembusinya (breakout), paras support terdekat adalah pada paras 0.65200 atau harga berpotensi untuk turun lebih rendah lagi. Sebaliknya jika harga membuat lonjakan dengan data USD yang lemah, harga dijangka akan menguji paras SBR 0.66200 sebelum menuju ke paras resistance seterusnya di paras 0.66700. Manakala, major resistance yang menjadi tumpuan adalah pada paras harga 0.67200.

Paras support: 0.65647, 0.65459, 0.65207.
Paras resistance: 0.66087, 0.66339, 0.66527.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat