Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 1/10/2018

291

Pergerakan harga pada chart USD/CAD pada minggu lalu membuat kejutan dalam pasaran setelah kembali membuat penurunan drastik pada dagangan Jumaat lalu. Harga pada mulanya bergerak perlahan pada awal sesi Asia dan didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari tersebut kemudiannya membuat terjunan pada sesi pasaran New York sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line. Seterusnya laporan berkenaan rundingan NAFTA yang kembali positif selepas pembaharuan perjanjian dibuat oleh perunding dari Kanada dan AS pada Ahad melonjakkan lagi nilai matawang Loonie buat masa ini. Oleh sebab itu, dapat dilihat jurang pembukaan harga (gap) ke paras lebih rendah pada chart USD/CAD pada sesi pasaran Asia hari ini.

Harga didagangkan lebih rendah dari paras major support 1.29000 pada pasaran Asia hari ini di mana harga telah turun melepasi paras support 1.2858 (MagicS1). Walaupun harga cuba untuk menguji kembali paras tersebut, namun harga gagal naik lebih tinggi seterusnya membuat penurunan semula sehingga hampir mencecah paras support 1.2810 (MagicS2) sebelum harga membuat pantulan semula. Harga semasa didagangkan pada paras 1.28350 setakat jam 2.39 petang. Harga sepertinya masih mencuba untuk menguji paras support MagicS2, dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout) harga, harga boleh mencecah paras penurunan sehingga ke paras serendah 1.2715 (MagicS3).

Namun, kejutan boleh berlaku jika harga kembali membuat lonjakan semula ke paras Magic Pivot 1.2953 hari ini dan meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance 1.3002 (MagicR1). Dan momentum yang kuat bakal melihatkan kenaikan harga sehingga melepasi paras ketinggian sebelum ini dan menuju ke paras resistance 1.3097 (MagicR2). Dan paras resistance terdekat jika harga masih membuat kenaikan dilihat berada pada paras 1.3145 (MagicR3).

Walaupun rundingan NAFTA menunjukkan tanda-tanda positif, tetap berwaspada dan beri tumpuan terhadap perkembangan rundingan tersebut dimana pergerakan harga pada chart USD/CAD banyak terkesan daripada faktor berikut. Bagi memudahkan anda mencari paras-paras penting yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD, boleh gunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal anda.

 

 

 

Paras support: 1.2858, 1.2810, 1.2715.

Paras resistance: 1.3002, 1.3097, 1.3145.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat