Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 10/10/2018

237

Pergerakan harga pada pasangan matawang USD/CAD yang dilihat menguji paras Magic Pivot pada sesi pasaran Asia semalam telah membuat lonjakan melepasi paras tersebut sehingga mencapai paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Kemudiannya harga kembali membuat penurunan pada sesi pasaran New York ekoran matawang USD yang lemah menuju ke paras support MagicS1 dan menutup harga di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan pada awal sesi bermula dan didagangkan rendah dari paras Magic Pivot 1.2960. Harga yang meneruskan penurunan bakal melihatkan paras support 1.2917 (MagicS1) menjadi paras tumpuan awal harga. Seterusnya, harga dilihat akan menguji paras support 1.2892 (MagicS2) yang berada pada zon paras tumpuan harga dan jika harga berjaya melepasi paras ini, harga bakal mencecah penurunan sehingga ke paras support 1.2849 (MagicS3) yang berada di paras lebih rendah.

Namun, sekiranya USD kembali mengukuh dan melonjakkan harga semula, dijangka harga akan menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada 1.2985 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum menguji paras 1.30000 yang gagal ditembusi harga semalam. Seterusnya, kenaikan harga bakal menyaksikan harga menguji paras resistance pada 1.3028 (MagicR2) yang dilihat berada pada zon tumpuan harga. Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 1.3053 (MagicR3).

Teliti isu-isu global semasa yang mempengaruhi nilai matawang USD dan dollar CAD dalam memantau pergerakan harga pada chart USD/CAD ini. Untuk menentukan paras-paras terbaik pada chart, rujuk pada paras support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2917, 1.2892, 1.2849.

Paras resistance: 1.2985, 1.3028, 1.3053.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat