Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 11/1/2019

263

Pengukuhan semula USD dalam pasaran semasa berjaya menghalang matawang dollar CAD terus menekan harga ke paras lebih rendah pada chart pasangan matawang USD/CAD sejak siri penurunan harga awal bulan ini. Pergerakan harga lebih mendatar untuk sesi dagangan semalam dan hanya menguji paras ketinggian semalam di sekitar zon SBR (support become resistance) 1.32600 sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga menunjukkan penurunan harga sehingga bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3229 hari ini dan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 1.3200 (MagicS1). Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah dari paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras terendah semasa yang baru lagi pada chart USD/CAD berkemungkinan ke paras sekitar 1.3170 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga bakal melihatkan harga mencecah penurunan ke paras support 1.3141 (MagicS3) untuk cuba mengatasi paras yang diuji harga pada dagangan Disember yang lalu.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga sekali lagi akan menguji paras resistance 1.3259 (MagicR1) yang berada pada zon SBR dan juga merupakan paras ketinggian yang dicapai pada dagangan semalam. Harga yang berjaya melepasi kenaikan dari paras tersebut kemudiannya akan menuju pula ke paras sekitar 1.3288 (MagicR2) yang turut merupakan antara paras yang menjadi tumpuan harga. Kenaikan seterusnya harga dijangka menguji kembali paras ketinggian pada dagangan Selasa iaitu pada sekitar paras resistance 1.3317 (MagicR3).

Terus pantau faktor-faktor yang mempengaruhi nilai matawang Loonie dalam pasaran seperti perkembangan pada pasaran minyak mentah serta data ekonomi di Kanada sendiri. Kawal dagangan penghujung minggu ini dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line untuk mengurangkan risiko dalam setiap posisi dagangan anda dalam pasaran.

 

Paras support: 1.3200, 1.3170, 1.3141.

Paras resistance: 1.3259, 1.3288, 1.3317.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat