Analisis Teknikal USD/CAD- Timeframe H1 – 12/11/2018

202

Jika diteliti pada pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan minggu lalu, harga telah berjaya mencapai paras ketinggian yang baru dagangan Jumaat lalu mengatasi paras ketinggian harga sebelum ini yang dicapai pada September. Dagangan sepanjang minggu menunjukkan pergerakan harga yang mendatar dengan matawang USD yang didagangkan lemah ekoran pilihanraya kongres yang berlangsung sementara dollar CAD pula terkesan dengan ketidakstabilan pasaran minyak mentah dunia. Namun, pada penghujung minggu USD berjaya mengukuhkan semula nilai matawangnya dan berjaya melonjak mencatatkan ketinggian yang baru pada chart USD/CAD. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line pula, pergerakan harga pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan kenaikan harga dari paras Magic Pivot sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan paras ketinggian baru yang dicapai itu hampir menyentuh paras resistance MagicR2.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat penurunan pada permulaan sesi dan bergerak turun sedikit rendah di sekitar paras Magic Pivot 1.3193 dan menguji paras tersebut sehingga ke sesi pasaran Eropah dibuka. Harga yang didagangkan lebih rendah dijangka akan membuat penurunan ke paras support terdekat iaitu pada 1.3154 (MagicS1). Kemudiannya, penurunan harga yang diteruskan akan menuju pula ke paras support seterusnya yang dilihat berada sekitar paras 1.3101 (MagicS2). Dan sekiranya harga masih mengalami kejatuhan, paras support pada 1.3061 (MagicS3) dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Sebaliknya jika USD kembali melonjakkan harga pada chart USD/CAD, kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada paras 1.3246 (MagicR1) sekaligus mengatasi ketinggian harga semasa. Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan bakal mencari higher high yang baru ke paras yang lebih tinggi dijangka sekitar 1.3286 (MagicR2) untuk harga menguji paras ketinggian yang dicapai pada Julai lalu. Sekiranya harga masih berjaya breakout paras tersebut dan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga dilihat berpotensi untuk mencapai ketinggian sehingga ke paras 1.3339 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa dan pasaran minyak mentah global yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/CAD ini. Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin pada chart USD/CAD dengan melihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan analisis teknikal yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 1.3154, 1.3101, 1.3061.

Paras resistance: 1.3246, 1.3286, 1.3339.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat