Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 14/1/2019

209

Diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk sesi dagangan Jumaat minggu lalu menunjukkan harga kembali membuat kenaikan setelah gagal bergerak lebih rendah dari paras support 1.31800. Dollar USD yang berjaya mengukuh pada dagangan penghujung minggu terus memberi tekanan terhadap dollar CAD yang terkesan daripada kejatuhan harga minyak mentah berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang semakin bergerak perlahan. Harga yang telah turun lebih rendah dari paras support MagicS1 pada Jumaat telah kembali melonjak dan menguji paras resistance MagicR1 sehingga dagangan minggu lalu berakhir.

Pada sesi pasaran Asia permulaan minggu ini pula, harga dilihat bergerak perlahan di sekitar paras 1.32600 yang berada pada zon SBR (support become resistance) semasa pada chart USD/CAD. Harga yang berada pada zon SBR itu kemudian cuba membuat kenaikan menuju ke paras resistance pada 1.3300 (MagicR1). Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dan melepasi paras resistance tersebut, harga bakal menuju pula ke paras resistance yang berada di 1.3337 (MagicR2) sebelum lonjakan lebih tinggi harga boleh mencapai paras ketinggian sekitar 1.3396 (MagicR3) untuk harga membentuk paras higher high yang baru.

Namun, jika harga gagal melepasi kenaikan pada zon SBR semasa, harga bakal kembali menyambung penurunan yang dilakukan sejak minggu lalu sehingga melepasi paras Magic Pivot 1.3241 hari ini sebelum menuju ke paras support terdekat pada 1.3204 (MagicS1). Seterusnya, harga dilihat akan menguji paras support 1.31800 yang gagal ditembusi harga ketika dagangan minggu lalu dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru dah dilihat akan menuju ke paras sekitar 1.3145 (MagicS2). Seterusnya, paras support yang lebih rendah pada sekitar paras 1.3109 (MagicS3) dilihat berpotensi menjadi paras tumpuan harga pada penurunan seterusnya.

Terus ikuti perkembangan pada pasaran minyak mentah global yang mempengaruhi perubahan nilai dollar CAD. Turut menjadi tumpuan di Kanada pada minggu ini adalah kepada data indeks harga pengguna yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini dan akan mengukur kadar inflasi di negara mereka. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan dalam analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 1.3204, 1.3145, 1.3109.

Paras resistance: 1.3300, 1.3337, 1.3396.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat