Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 17/10/2018

151

Seperti yang dijangka dalam analisis sebelum ini, matawang CAD terus mengekalkan pengukuhan dengan pasaran menjangkakan Bank of Canada (BoC) akan menaikkan kadar faedah berikutan tinjauan perniagaan (Business Survey Outlook) yang positif di Kanada ditambah lagi dengan faktor kenaikan harga minyak mentah. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang menyentuh paras Magic Pivot semalam kemudiannya membuat penurunan sehingga melepasi paras support MagicS1 sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga kembali didagangkan perlahan dan membuat kenaikan dan bergerak di sekitar paras Magic Pivot 1.2949 bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika kenaikan yang dibuat hanya pembetulan harga (correction), berkemungkinan harga akan meneruskan lagi penurunan pada hari ini menuju ke paras support 1.2900 (MagicS1). Harga yang terus menyambung penurunan bakal membuat lower low yang baru dan jangkaan paras yang akan dituju harga seterusnya adalah pada support 1.2866 (MagicS2). Seterusnya harga boleh mencapai penurunan sehingga ke paras support 1.2816 (MagicS3) jika Loonie terus mengukuh berbanding matawang US dollar.

Namun, data-data ekonomi yang positif kembali menyokong semula USD dan harga boleh kembali ke paras yang lebih tinggi. Kenaikan harga bakal melihatkan harga naik melepasi paras resistance 1.2983 (MagicR1) sebelum harga perlu menguji paras SBR (support become resistance) pada 1.30000. Jika harga berjaya breakout paras SBR tersebut, harga dijangka akan meneruskan lonjakan menuju ke paras resistance 1.3033 (MagicR2) sebelum meneruskan kenaikan untuk menguji pula paras resistance 1.3067 (MagicR3) dan cuba untuk mengatasi paras ketinggian harga yang dicapai pada Khamis minggu lalu.

Rancang posisi dagangan terbaik pada chart USD/CAD ini dengan berpandukan kepada paras-paras harga yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2900, 1.2866, 1.2816.

Paras resistance: 1.2983, 1.3033, 1.3067.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat