Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 17/9/2018

341

Pada dagangan pada Jumaat lalu, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD dilihat membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan juga resistance MagicR1 serta menyentuh paras resistance MagicR2 sebelum harga mula bergerak perlahan. Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga masih didagangkan perlahan dan sedikit membuat penurunan ke paras Magic Pivot 1.3024. Harga dilihat cuba untuk melepasi (breakout) paras Magic Pivot di mana harga semasa bergerak di paras 1.30170 setakat jam 6.25 petang.

Jika harga terus membuat penurunan, jangkaan harga akan menuju ke paras support 1.2995 (MagicS1) di mana zon tersebut adalah paras yang tidak berjaya harga lepasi pada minggu lalu. Seterusnya, jika harga terus didagangkan lemah, harga berkemungkinan untuk turun ke paras support 1.2953 (MagicS2) atau lebih rendah lagi pada support 1.2923 (MagicS3). Berdekatan paras tersebut dilihat satu zon major support yang bakal menjadi tumpuan harga iaitu pada paras 1.29000.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat lonjakan, pasaran akan melihat reaksi harga pada paras resistance 1.3066 (MagicR1) yang juga berhampiran zon resistance 1.30700. Jika paras tersebut berjaya harga tembusi (breakout), jangkaan paras yang akan dituju harga adalah pada resistance 1.3095 (MagicR2) dan kenaikan seterusnya ke paras resistance 1.3138 (MagicR3).

Pergerakan harga pada hari ini agak perlahan ekoran pasaran tertumpu pada isu perang dagang antara AS-China di mana Presiden Trump bakal mengumumkan tambahan tarif bernilai $200billion terhadap barangan China. Trade dengan berhati-hati berpandukan paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan dalam analisis anda.

 

Paras support: 1.2995, 1.2953, 1.2923.

Paras resistance: 1.3066, 1.3095, 1.3138.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat