Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 19/11/2018

205

Jika EURO dan GBP terkesan akibat isu Brexit, dollar CAD pula banyak dipengaruhi oleh pasaran minyak mentah sepanjang minggu lalu. Faktor turun naik harga minyak mentah global menjadi penggerak utama kepada matawang Loonie pada minggu lalu ekoran Kanada sebagai antara pemegang status pengeksport terbesar minyak mentah dunia. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga menunjukkan penurunan yang mana hal ini memberi kesan yang positif kepada matawang dollar CAD. Nilai matawang CAD yang mengukuh bukan sahaja disebabkan faktor pasaran minyak mentah yang kembali stabil, malah turut disumbang oleh matawang USD yang didagangkan bercampur-campur setelah luahan rasa kebimbangan FED terhadap pertumbuhan ekonomi global yang bakal memberi kesan terhadap unjuran kenaikan kadar faedah oleh FED pada masa akan datang. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, dagangan harga pada chart USD/CAD Jumaat lalu yang bergerak rendah dari paras Magic Pivot kemudiannya telah membuat penurunan menguji paras support MagicS1 sebelum harga kembali pantul semula dan menutup harga di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.3153 dan dilihat membuat kenaikan melepasi paras tersebut dan menuju ke paras resistance 1.3178 (MagicR1) bersambung pada sesi pasaran Eropah hari ini. Jika harga dilihat meneruskan lagi kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras sekitar 1.3212 (MagicR2) yang berada di paras minor SBR (support become resistance) pada chart USD/CAD. Sedikit lagi kenaikan yang berjaya diteruskan melihatkan harga mencecah ke paras 1.3238 (MagicR3) yang juga merupakan paras resistance pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Sebaliknya, jika Loonie terus mengukuh untuk dagangan minggu ini berbanding USD, harga bakal menyambung semula penurunan melepasi paras Magic Pivot 1.3153 dan menuju ke paras support 1.3119 (MagicS1). Kemudiannya, harga dilihat akan menyambung penurunan menuju pula ke paras sekitar 1.3093 (MagicS2) sebelum momentum penurunan harga yang dikekalkan boleh mencecah sehingga ke paras support serendah 1.3059 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah pada minggu ini pula di mana akan terus menjadi faktor penggerak kepada perubahan nilai matawang dollar CAD dalam pasaran semasa. Bandingkan paras tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan paras harga yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk melihat keberkesanannya sekaligus menambahkan lagi kualiti pada analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.3119, 1.3093, 1.3059.

Paras resistance: 1.3178, 1.3212, 1.3238.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat