Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 19/9/2018

296

Sepertinya, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD telah menembusi (breakout) paras resistance 1.29800 dan sedang mencari paras Lower Low yang baru. Penurunan harga dari paras resistance MagicR1 semalam terus melepasi Magic Pivot dan hampir menyentuh paras support MagicS3 dan harga mula bergerak mendatar di paras support 1.29800. Pada sesi pasaran Asia, harga masih didagangkan lemah di mana harga telah turun lebih rendah dari paras support dan harga semasa berada pada paras harga sekitar 1.29470 setakat jam 4.51 petang.

Harga dilihat hampir menyentuh paras support 1.2941 (MagicS1) dan jika penurunan harga diteruskan, harga dijangka akan menuju ke paras support 1.2909 (MagicS2) dan pasaran akan menunggu reaksi harga pada paras tersebut yang dilihat sebagai satu zon tumpuan harga. Jika paras tersebut berjaya ditembusi harga lebih rendah, paras support seterusnya yang dilihat bakal dicecah adalah pada paras support 1.2848 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga perlu melepasi paras 1.29800 dan juga Magic Pivot 1.3002 sebelum ke paras resistance 1.3033 (MagicR1). Seterusnya harga dijangka akan menguji semula paras resistance sebelum ini pada 1.30700 dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), paras yang dilihat berpotensi dicapai harga adalah pada paras resistance 1.3095 (MagicR2) dan seterusnya di paras resistance 1.3126 (MagicR3).

Pantau berita-berita ekonomi seperti pasaran minyak mentah dan isu semasa yang melibatkan matawang CAD dan USD bagi mendapatkan gambaran kecenderungan arah untuk chart USD/CAD. Sebagai tambahan, indicator Moshed Magic Line turut membantu anda dalam menentukan paras-paras yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 1.2941, 1.2909, 1.2848.

Paras resistance: 1.3033, 1.3095, 1.3126.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat