Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 2/1/2019

188

Kemerosotan pada pasaran minyak mentah mendorong kejatuhan nilai matawang dollar CAD sehingga penghujung tahun 2018. Pergerakan harga pasangan matawang USD/CAD pada penghujung dagangan 2018 menunjukkan harga bergerak mendatar dan gagal melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras resistance 1.36600 sehinggalah pada dagangan Isnin iaitu hari terakhir dagangan untuk 2018. Dan pada minggu ini juga, tumpuan akan terarah terhadap laporan data pekerjaan di Kanada yang akan dikeluarkan bersama data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat nanti dan berkemungkinan akan memberi impak besar terhadap pergerakan pasaran terutamanya pada chart USD/CAD.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga pada chart USD/CAD mula menunjukkan penurunan setelah nilai matawang Loonie kembali mengukuh dalam pasaran semasa. Ini adalah berikutan daripada kenyataan oleh Menteri Tenaga UAE, Suhail Al-Mazrouei dalam media sosial Twitter beliau yang meluahkan tentang pasaran minyak mentah akan kembali stabil pada suku tahun pertama 2019. Harga telah turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3637 hari ini dan menguji paras support 1.3609 (MagicS1) yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) pada chart USD/CAD sebelum ini. Kemudian, harga dilihat meneruskan penurunan ke paras support 1.3581 (MagicS2) pada awal sesi pasaran Eropah hari ini dan sekiranya harga kekal meneruskan penurunannya, harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.3553 (MagicS3).

Namun, jika Loonie kembali didagangkan lemah berbanding USD pada hari ini, jangkaan harga berkemungkinan menyambung semula siri kenaikan sejak beberapa minggu lalu dan menguji paras resistance 1.3664 (MagicR1) yang gagal ditembusi sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras resistance tersebut, jangkaan kenaikan seterusnya akan menuju ke paras resistance 1.3693 (MagicR2) dan sedikit lagi kenaikan yang diteruskan harga bakal mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1.3720 (MagicR3) sejak April 2017 yang lalu.

Ikuti perkembangan pasaran minyak mentah global untuk suku tahun pertama 2019 ini dan kesannya terhadap nilai matawang dollar CAD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan utama anda untuk menentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart USD/CAD.

 

Paras support: 1.3609, 1.3581, 1.3553.

Paras resistance: 1.3664, 1.3963, 1.3720.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat