Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 3/10/2018

218

Pergerakan harga pada chart USD/CAD semalam dilihat agak mendatar dan bergerak di sekitar paras Magic Pivot semalam dan juga paras 1.28150. Pergerakan mendatar ini berikutan faktor kedua-dua matawang USD dan CAD yang masing-masing positif di mana Gabenor FED, Jerome Powell optimis berkenaan pengangguran dan inflasi di AS, serta termeterainya perjanjian NAFTA di antara AS-KanadaMexico yang kini dikenali sebagai USMCA.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih bergerak perlahan dan mendatar di sekitar paras Magic Pivot 1.2820 sehingga ke sesi pasaran Eropah. Jika USD lebih mengukuh berbanding CAD selepas ini, jangkaan harga akan melonjak semula ke paras yang lebih tinggi dan dilihat paras resistance 1.2841 (MagicR1) adalah paras awal yang akan dituju harga. Kemudian, harga akan meneruskan lagi kenaikan menuju ke paras resistance 1.2862 (MagicR2) dan boleh mencapai kenaikan harga sehingga ke paras resistance 1.2883 (MagicR3) jika USD mengekalkan momentum pengukuhan yang dibuat.

Sebaliknya, jika CAD terus mendominasi harga mengatasi USD, harga bakal ditekan ke paras lebih rendah dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada paras support 1.2799 (MagicS1). Seterusnya, harga berkemungkinan akan turun lebih rendah dan membuat Lower Low yang baru dan paras yang dilihat berpotensi untuk dicecah harga berada pada paras support 1.2778 (MagicS2) atau ke paras support yang lebih rendah iaitu pada paras 1.2757 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan rundingan USMCA yang telah dicapai antara AS, Mexico dan Kanada yang sebelum ini dikenali sebagai NAFTA bagi memantau pergerakan harga pada chart USD/CAD ini. Dan lihat paras-paras penting pada chart USD/CAD dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai tambahan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2799, 1.2778, 1.2757.

Paras resistance: 1.2841, 1.2862, 1.2883.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat