Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 9/1/2019

306

Matawang komoditi dollar CAD terus didagangkan mengukuh sejak sesi dagangan semalam bersambung hingg ke sesi dagangan hari ini. Data ekonomi kukuh menyokong pengukuhan nilai matawang Loonie selain daripada faktor harga minyak mentah yang tinggi. Namun, tumpuan utama untuk CAD adalah pada penetapan kadar faedah oleh Bank of Canada (BoC) pada jam 11 malam nanti. Jangkaan pasaran adalah bank pusat bakal mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% seperti sebelum ini. Kemudiannya, pada awal pagi Khamis pula, tumpuan beralih pula kepada mesyuarat FOMC untuk menentukan kadar faedah di Amerika Syarikat pula. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga didagangkan rendah di sekitar paras 1.32700 sebelum harga membuat kenaikan menyentuh paras Magic Pivot pada sesi pasaran New York semalam namun harga kembali membuat penurunan semula ke paras 1.32700.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga yang dibuka lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3286 hari ini terus menyambung penurunan seawal sesi bermula sehingga melepasi paras support pada 1.3250 (MagicS1). Kemudiannya, harga meneruskan lagi penurunan sehingga ke paras support 1.3230 (MagicS2) pula dan menguji paras tersebut sehingga pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus didagangkan ke paras lebih rendah, penurunan seterusnya harga dijangka akan mencecah ke paras 1.3194 (MagicS3) untuk harga terus mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart USD/CAD.

Namun jika harga kembali membuat lonjakan semula, harga berkemungkinan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini sebelum menguji paras resistance pada 1.3305 (MagicR1). Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan, destinasi tumpuan seterusnya adalah dilihat pada paras resistance yang berada lebih tinggi iaitu pada sekitar 1.3341 (MagicR2). Dan sedikit lagi kenaikan harga bakal melihatkan harga menyentuh paras resistance 1.3361 (MagicR3) untuk harga membentuk paras higher high yang baru pada USD/CAD.

Tumpuan pasaran akan tertumpu pada penetapan kadar faedah oleh BoC pada malam ini sebelum pelabur menantikan pula keputusan mesyuarat FOMC pada jam 3 pagi esok hari. Kawal risiko pada dagangan untuk menghadapi pergerakan harga yang tidak menentu penghujung minggu ini dan untuk analisis teknikal yang lebih mantap, indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk rujukan anda.

 

Paras support: 1.3250, 1.3230, 1.3194.

Paras resistance: 1.3305, 1.3341, 1.3361.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat