Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 1/10/2018

316

USD/JPY dilihat antara pasangan matawang yang konsisten membuat pergerakan kenaikan di mana pada dagangan Jumaat lalu harga masih mencapai ketinggian terbaru melepasi paras ketinggian hari-hari sebelumnya sepanjang minggu. Dilihat harga beberapa kali menguji paras harga 113.600 namun tidak berjaya melepasi paras tersebut dan gagal menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini pula, harga mula membuat lonjakan harga seawal sesi bermula di mana harga telah melepasi paras resistance 113.837 (MagicR1) dan telah menyentuh paras resistance 113.980 (MagicR2) dan dengan itu harga sekali lagi mencapai paras ketinggian terbaru melepasi paras ketinggian yang dicapai Jumaat lalu. Harga masih menguji paras resistance MagicR2 dimana harga semasa didagangkan pada paas 113.950 setakat jam 2.14 petang. Jika harga berjaya melepasi (breakout) paras tersebut, jangkaan harga akan terus membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 114.237 (MagicR3) dimana paras ini kali terakhir dicapai adalah pada November tahun lalu.

Namun, jika harga membuat kejatuhan, berkemungkinan harga akan menuju ke paras Magic Pivot 113.580 hari ini dan bergerak turun ke paras lebih rendah ke paras support 113.437 (MagicS1). Jika harga masih ditekan lebih rendah, jangkaan harga akan membuat penurunan sehingga ke paras support seterusnya yang dilihat berada pada paras 113.180 (MagicS3). Seterusnya, harga berkemungkinan akan menguji semula paras support 113.037 (MagicS3) di mana paras tersebut terletak pada zon RBS (resistance become support) yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini.

Ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa bagi memantau pergerakan harga pada chart USD/JPY ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan untuk anda menentukan paras support dan resistance terbaik pada trading chart anda.

 

Paras support: 113.437, 113.180, 113.037.

Paras resistance: 113.837, 113.980, 114.237.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat