Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 12/10/2018

267

Seperti sedia maklum, matawang safe-haven akan mendapat kelebihan apabila keadaan pasaran dilihat berisiko. Oleh itu, jika dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY, Yen terus memberi tekanan kepada USD untuk menekan harga ke paras lebih rendah. Pada sesi dagangan semalam, harga dilihat bergerak di sekitar paras resistance 112.200 dan menguji paras tersebut dari awal sesi pasaran Asia bersambung sehingga ke sesi pasaran New York. Kemudiannya harga berjaya breakout paras tersebut pada lewat sesi pasaran New York di mana penurunan harga mencecah ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dibuka rendah dari paras Magic Pivot 112.173 pada permulaan sesi kemudiannya kelihatan telah membuat kenaikan melepasi paras tersebut dan menuju ke paras resistance 112.517 (MagicR1). Jika harga kekal meneruskan kenaikan dan melepasi paras resistance tersebut, harga akan menuju ke paras resistance 112.880 (MagicR2) di mana pasaran akan melihat pula reaksi harga pada paras tumpuan ini. Sekiranya harga masih breakout paras tumpuan tersebut, jangkaan harga bakal mencapai kenaikan ke paras resistance 113.224 (MagicR3).

Sebaliknya, jika sentimen pasaran kekal berisiko, berkemungkinan harga bakal menyambung kembali penurunan yang dibuat sebelum ini. Paras awal yang perlu diuji harga dilihat pada paras support 111.810 (MagicS1) untuk harga mengatasi paras Lower Low semalam. Jika harga berjaya breakout untuk turun ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menuju ke paras support 111.466 (MagicS2) terlebih dahulu sebelum harga boleh mencapai penurunan sehingga mencecah ke paras support 111.103 (MagicS3).

Terus pantau sentimen pasaran semasa yang banyak menggerakkan harga pada chart USD/JPY ini. Dalam mencari paras-paras terbaik yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/JPY ini, teliti paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan anda.

 

Paras support: 111.810, 111.466, 111.103.

Paras resistance: 112.517, 112.880, 113.224.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat