Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 12/9/2018

406

Setelah penurunan harga dibuat pada chart USD/JPY pada minggu lalu, harga dilihat kembali membuat kenaikan dari paras support 110.500 sehingga hampir mencapai paras zon resistance di 111.700 semalam namun masih belum berjaya dicapai. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lemah dan bergerak di atas paras daily pivot 111.436 dan harga semasa berada di sekitar paras 111.490 setakat jam 5 petang. Jika harga kembali membuat lonjakan, paras yang menjadi tumpuan adalah pada 111.824 (MagicR1) dimana di situ juga dilihat terdapat satu zon major resistance. Jika harga menembusi (breakout) paras tersebut, dijangka paras yang berpotensi untuk dicapai harga adalah pada paras resistance 112.029 (MagicR2) dan seterusnya ke paras resistance 112.410 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal membuat breakout pada resistance di zon 111.700, jangkaan harga akan membuat penurunan semula dan menuju ke paras support 111.238 (MagicS1) di mana di zon tersebut juga terdapat satu paras RBS (resistance become support) di 111.150 yang bakal menjadi tumpuan harga. Jika harga terus menyambung penurunan, berkemungkinan harga akan menuju ke paras support 110.857 (MagicS2) dan seterusnya ke paras support 110.652 (MagicS3). Manakala major support yang dilihat bakal diuji adalah pada zon 110.500 di mana pasaran akan melihat reaksi harga pada paras tersebut.

Terus mengikuti perkembangan sentimen pasaran global semasa bagi memantau pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY ini. Perhatikan paras-paras yang menjadi tumpuan pada indicator Moshed Magic Line untuk tambahan idea bagi analisis teknikal anda.

 

Paras support: 111.238, 110.857, 110.652.

Paras resistance: 111.824, 112.029, 112.410.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat