Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 13/9/2018

321

Pada dagangan harga bagi pasangan matawang USD/JPY semalam, dilihat harga membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot dan terus menuju ke paras support MagicS1 semalam. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kembali membuat kenaikan ekoran matawang Yen yang mula melemah setelah pasaran dilihat kembali dalam keadaan stabil (risk-on). Kemudian harga turun sedikit ke paras Magic Pivot (111.35) hari ini dan membuat kenaikan dengan pergerakan yang agak perlahan di mana harga semasa berada di sekitar paras 111.450 setakat jam 4 petang.

Pergerakan harga kelihatan menuju ke paras resistance 111.564 (MagicR1) dan bakal menguji sekali lagi zon major resistance di 111.700. Jika harga meneruskan lagi kenaikan, jangkaan harga berpotensi untuk mencapai paras resistance 111.880 (MagicR2) dan seterusnya ke paras resistance 112.103 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal melepasi paras zon resistance 111.700, berkemungkinan harga bakal didagangkan lebih rendah dan paras support yang terdekat adalah di paras 111.025 (MagicS1) dan seterusnya ke support 110.802 (MagicS2). Pasaran akan tertumpu terhadap respon harga pada support 110.486 (MagicS3) di mana di situ terdapat zon major support yang belum berjaya ditembusi (breakout) oleh harga sebelum ini.

Beri tumpuan terhadap perubahan sentimen pasaran semasa yang bakal memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart USD/JPY ini. Perhatikan juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan terhadap paras-paras yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 111.025, 110.802, 110.486.

Paras resistance: 111.564, 111.880, 112.103.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat