Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 19/12/2018

214

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY masih menunjukkan corak pergerakan menurun ekoran sentimen pasaran yang masih berisiko membuatkan matawang Yen terus mendapat permintaan dalam pasaran semasa. Harga dilihat membuat penurunan sehingga melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum menguji zon major support pada 112.300 yang masih gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan awal Disember ini.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan di bawah paras Magic Pivot 112.518 hari ini dan menunjukkan sedikit penurunan menguji paras major support 112.300. Sedikit lagi kenaikan akan menynetuh paras support 112.199 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Jika harga dilihat berjaya breakout zon support tersebut, jangkaan harga yang menyambung penurunan akan menuju ke paras sekitar 111.906 (MagicS2). Harga yang berjaya mengekalkan momentum penurunan bakal menguji paras major support yang gagal ditembusi harga ketika dagangan Oktober lalu.

Namun sebaliknya, jika harga gagal menembusi paras support 112.300 dan kembali membuat kenaikan melepasi Magic Pivot 112.518, berkemungkinan harga akan menuju ke paras resistance terdekat pada 112.811 (MagicR1). Kemudian, kenaikan seterusnya pula dijangka akan ke paras sekitar 113.130 (MagicR2) dan berpotensi untuk menjadi paras SBR (support become resistance) pada chart USD/JPY. Dan sekiranya harga masih dilihat meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga berkemungkinan mencapai paras kenaikan sehingga sekitar 113.423 (MagicR3).

Terus peka terhadap perubahan pada sentimen dalam pasaran semasa dengan memberi perhatian terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan tersebut sekaligus turut memberi kesan kepada pergerakan nilai matawang safe-haven. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart USD/JPY anda dengan berpandukan paras-paras yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 112.199, 111.906, 111.587.

Paras resistance: 112.811, 113.130, 113.423.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat