Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 20/12/2018

252

Matawang Yen sebelum ini didagangkan lebih mengukuh berbanding USD ekoran kebimbangan pelabur menjelang mesyuarat FOMC awal pagi tadi. Setelah kadar faedah menunjukkan kenaikan pada mesyuarat FOMC, USD kembali mengukuh dan dapat dilihat harga kembali melonjak pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY dari paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line ke paras Magic Pivot semula. Tumpuan pasaran pada hari ini akan terarah kepada penetapan kadar faedah oleh Bank of Japan (BoJ) yang dijangka akan dikekalkan pada paras yang rendah.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat cuba membuat kenaikan dari paras Magic Pivot 112.387 hari ini sebelum kembali ditekan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot tersebut. Harga dilihat menuju ke paras support 112.130 (MagicS1) pada penurunan di hujung sesi dagangan Asia. Jika harga terus didagangkan rendah melepasi paras support tersebut, jangkaan paras yang menjadi tumpuan harga seterusnya adalah pada support 111.806 (MagicS2). Dan penurunan lebih rendah bakal menyaksikan harga menguji paras support yang diuji pada awal Oktober lalu sekitar 111.549 (MagicS4) namun masih gagal ditembusi harga.

Sekiranya harga menunjukkan kenaikan semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan kenaikan harga akan menuju ke paras resistance 112.711 (MagicR1). Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan akan menuju ke paras resistance pada paras 112.968 (MagicR2) sebelum lonjakan lebih tinggi harga dijangka akan ke paras tumpuan harga pada chart USD/JPY sekitar 113.292 (MagicR3).

Beri tumpuan pada pengumuman kadar faedah oleh BoJ hari ini dan terus peka terhadap perubahan pada sentimen dalam pasaran semasa yang sentiasa menjadi faktor yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap pada chart USD/JPY untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih jelas dan berkualiti.

 

Paras support: 112.130, 111.806, 111.549.

Paras resistance: 112.711, 112.968, 113.292.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat