Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 27/12/2018

166

Matawang USD kembali didagangkan mengukuh kembali berbanding Yen berikutan ketegangan perang dagang di antara AS-China dilihat kembali reda. Yen yang mula didagangkan menyusut melihatkan harga pada chart pasangan USD/JPY kembali membuat kenaikan sehingga melepasi paras Magic Pivot semalam dan naik lebih tinggi dari paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Harga mencapai paras ketinggian dagangan harian semalam sekitar resistance 111.400.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kembali menunjukkan penurunan dari paras tertinggi harian semalam dan menuju ke paras Magic Pivot 110.945 hari ini. Jika harga kembali membuat kenaikan semula, jangkaan paras awal kenaikan akan menuju ke paras resistance pada 111.793 (MagicR1). Kenaikan seterusnya akan menguji paras resistance pada 112.239 (MagicR2) yang berpotensi menjadi paras SBR (support become resistance) pada chart USD/JPY. Namun jika harga terus melonjak ke paras lebih tinggi mengatasi paras resistance tersebut, harga bekemungkinan mencapai paras ketinggian sehingga sekitar 113.078 (MagicR3).

Sebaliknya jika harga didagangkan lebih rendah semula dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan turun menuju ke paras support terdekat yang berada di sekitar paras 110.508 (MagicS1). Penurunan lebih rendah harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru dan berkemungkinan menuju pula ke paras support pada 109.669 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan lebih rendah berpotensi mencecah paras penurunan sehingga ke sekitar 109.223 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan pada perubahan sentimen dalam pasaran semasa jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Teliti paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line dan bandingkan dengan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/JPY untuk anda melihat sendiri keberkesanan indicator tersebut.

 

Paras support: 110.508, 109.669, 109.223.

Paras resistance: 111.793, 112.239, 113.078.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat