Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 29/10/2018

282

Pasangan matawang safe-haven USD/JPY menunjukkan pergerakan yang menarik pada dagangan Jumaat lalu di mana sentimen pasaran semasa memainkan peranan. Keadaan pasaran yang dilihat berisiko memberikan kelebihan kepada matawang USD dan juga Yen di mana kedua-dua matawang ini masing-masing mencatatkan kenaikan berbanding majoriti matawang utama yang lain namun Yen lebih mengukuh berbanding USD dan dapat dilihat dominasi yang dilakukan harga pada chart USD/JPY. Harga dilihat telah mencapai paras terendah yang baru dan berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah membuat kejatuhan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS2 dan kemudiannya harga telah membuat kenaikan semula ke paras MagiS1 pada lewat sesi pasaran New York sebelum menutup harga pada sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan pada paras berhampiran Magic Pivot 111.894 dan sepertinya cuba untuk turun menguji semula paras support 111.700. Jika harga menyambung semula penurunan yang dibuat pada Jumaat lalu, harga bakal menuju kembali ke paras support 111.339 (MagicS1) untuk cuba mengatasi paras terendah yang dicapai harga Jumaat lalu. Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah, harga yang bakal mencari paras lower low yang baru berkemungkinan akan menuju ke paras tumpuan harga pada paras sekitar support 110.810 (MagicS2). Seterusnya, kejatuhan harga yang tidak berjaya dikawal bakal menyaksikan harga menguji paras 110.500 iaitu paras terendah dicapai pada September sebelum harga mencecah penurunan sehingga ke paras 110.255 (MagicS3) jika paras tersebut berjaya ditembusi harga.

Terus ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa yang banyak mempengaruhi pergerakan harga pada pasangan matawang safe-haven ini. Pelabur berkemungkinan akan lebih berhati-hati menjelang data pekerjaan NFP minggu ini. Lihat paras tumpuan harga pada chart USD/JPY dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 111.339, 110.810, 110.255.

Paras resistance: 112.423, 112.978, 113.507.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat