Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 3/10/2018

326

Setelah gagal melepasi paras resistance 114.00 semalam, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot semalam sehingga hampir menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Harga kemudian sedikit membuat kenaikan sebelum menutup harga lebih rendah dari paras support MagicS1.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 113.738 namun harga dilihat cuba untuk bergerak naik lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut dan menuju ke paras resistance 113.936 (MagicR1) di mana harga telah berada pada paras 113.835 setakat jam 2.43 petang. Jika harga berjaya menembusi paras tersebut dan membuat Higher High yang baru melepasi paras resistance 114.00 semalam, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance seterusnya yang terdekat pada 114.231 (MagicR2). Dan jika harga masih membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, harga boleh mencapai paras ketinggian terbaru pada 114.429 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan, berkemungkinan harga akan turun ke paras support terdekat yang dilihat berada di paras 113.443 (MagicS1). Penurunan yang diteruskan bakal melihatkan harga turun ke paras support seterusnya yang lebih rendah iaitu pada paras 113.245 (MagicS2). Seterusnya, pasaran akan menunggu reaksi harga pada paras support 112.950 (MagicS3) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) jika harga masih meneruskan penurunannya.

Pergerakan harga pada chart USD/JPY ini banyak terkesan daripada sentimen pasaran semasa dan juga isu-isu ekonomi global seperti perang dagang. Kawal posisi trade anda sebaik mungkin menjelang data pekerjaan dan gaji di AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini.

 

Paras support: 113.443, 113.245, 112.950.

Paras resistance: 113.936, 114.231, 114.429.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat