Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 4/10/2018

383

Pergerakan harga pada pasangan matawang USD/JPY pada dagangan semalam dilihat sekali lagi membuat Higher High yang baru dan mencapai paras ketinggian sekitar 114.520. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga pada permulaan sesi pasaran Asia yang didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot semalam, telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot tersebut dan berjaya breakout paras resistance 114.00 yang gagal ditembusi sebelum ini. Harga terus menyambung kenaikan sehingga ke sesi pasaran New York di mana harga telah melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Namun, pada sesi pasaran Asia hari ini hargga dilihat membuat penurunan dari paras ketinggian semalam dan menuju ke paras Magic Pivot 114.204 hari ini dan harga semasa berada pada paras 114.300 setakat jam 3.19 petang. Jika harga membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot, harga dijangka akan menguji paras RBS (resistance become support) 114.00. Dan jika harga berjaya menembusi paras tersebut, berkemungkinan harga menuju ke paras support terdekat dahulu yang berada di paras 113.862 (MagicS1) sebelum harga dijangka mengalami kejatuhan sehingga ke paras support 113.188 (MagicS2). Paras ini juga dilihat berada hampir dengan paras RBS 113.00 dan jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah dari paras tersebut, jangkaan harga akan mencecah ke paras support yang lebih rendah yang dilihat berada di 112.846 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga meneruskan rutin kenaikannya, berkemungkinan harga akan mencapai paras ketinggian yang baru lagi mengatasi ketinggian yang dicapai harga pada November 2017. Dan paras-paras yang dijangka berpotensi untuk dicapai harga adalah pada paras resistance 114.878 (MagicR1) dan juga paras 115.220 (MagicS2). Jika harga masih meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, paras yang dijangka akan dituju harga adalah pada resistance 115.894 (MagicR3).

Pergerakan harga dijangka akan sedikit perlahan menjelang data pekerjaan di AS yang akan dikeluarkan pada malam esok yang bakal memberi impak besar pergerakan harga dalam pasaran semasa. Perhatikan paras-paras terbaik pada chart USD/JPY untuk menentukan posisi terbaik dalam trading anda dengan bantuan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 113.862, 113.188, 112.846.

Paras resistance: 114.878, 115.220, 115.894.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat