Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 5/10/2018

344

Keadaan pasaran yang dilihat agak berisiko semalam menjelang data pekerjaan dan gaji yang akan dikeluarkan pada malam ini memberi kelebihan kepada matawang safe-haven Yen. Jika dilihat dari segi pergerakan harga pada chart USD/JPY, harga dilihat membuat penurunan dari paras tertinggi yang dicapai pada awal sesi Asia semalam sebelum harga turun melepasi paras Magic Pivot dan support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Harga telah kembali turun lebih rendah semula dari paras resistance sebelum ini iaitu pada 114.000.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat menguji paras Magic Pivot 114.034 yang juga berada di paras resistance sebelum ini, sebelum harga membuat penurunan setelah gagal menembusi paras Magic Pivot tersebut. Harga semasa didagangkan pada paras 113.830 setakat jam 3.30 petang. Jika harga terus menyambung penurunan yang dibuat semalam, paras awal yang dijangka dituju harga adalah pada support 113.505 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya bakal menyaksikan harga turun ke paras support lebih rendah yang berada di 113.111 (MagicS2). Dan jika USD terus lemah dalam pasaran, harga boleh mencecah paras penurunan sehingga ke support 112.582 (MagicS3).

Sebaliknya, pengukuhan USD yang dijangka pada malam ini bakal melonjakkan semula harga ke paras lebih tinggi dan harga dilihat akan menuju ke paras resistance 114.428 (MagicR1) sebelum membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 114.957 (MagicR2). Jika momentum kenaikan harga yang kuat dikekal harga pada malam ini, harga dijangkakan mampu mencapai paras ketinggian sehingga ke paras resistance 115.351 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line.

Kawal posisi trading anda sebaik mungkin dalam menghadapi pergerakan volatile yang dijangkakan pasaran pada malam ini. Lihat paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan analisis teknikal seharian anda.

 

Paras support: 113.505, 113.111, 112.582.

Paras resistance: 114.428, 114.957, 115.351.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat