Analisisi GOLD – Emas ‘Jinak’ Semula Lepas Capai Paras $2,000

1,287

Mencetus kegembiraan para pelabur, harga emas membuat kejutan pada dagangan awal minggu ini dengan berjaya mencapai paras $2,000.

Susulan krisis yang melanda, ini merupakan kali ketiga emas capai $2,000 setelah melakukannya pada tahun 2020 (Covid-19) dan 2022 (perang Rusia-Ukraine).

Namun seperti yang dijangkakan penganalisis, harga emas tidak bertahan lama di atas paras $2,000 tersebut sebelum kembali didagangkan menyusut sedikit di sesi New York semalam.

Emas dilihat menjadi tarikan sebagai aset safe-haven ketika krisis global mencetus kebimbangan dalam pasaran.

Pelabur kini masih memantau perkembangan krisis selain berwaspada menjelang mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada minggu ini.

Dagangan yang menyambung pada Selasa dilihat berlegar di sekitar 1970.00 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Jika harga berjaya bergerak melantun naik semula, paras 2000.00 akan kembali dicapai yang kini dilihat sebagai zon rintangan terbaru buat emas.

Sekiranya berjaya lepasi ke paras lebih tinggi, paras ketinggian terbaru 1 tahun akan dicatatkan dengan sasaran menuju puncak 2070.00 yang telah dicapai paras Februari 2022 yang lalu.

Namun jika harga emas gagal papar prestasi cemerlang, harga berkemungkinan semakin turun menjauh dari ketinggian 2000.00 yang dicapai semalam.

Zon 1950.00 menjadi tumpuan awal diuji sebelum harga yang menyambung penurunan lebih rendah bakal menuju kembali sekitar 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat