Ancaman Taufan Di Teluk Mexico Pacu Kenaikan Harga Minyak

221

Harga minyak mentah meningkat pada sesi dagangan awal minggu ketika ribut dijangkakan melanda Teluk Mexico sehingga menyebabkan lebih daripada separuh pengeluaran minyak terhenti di rantau itu.

Taufan Marco dan Ribut Tropika Laura yang diramalkan melanda Carribean serta Teluk Mexico telah memaksa syarikat tenaga untuk mengeluarkan pekerja daripada pelantar dan menghentikan pengeluaran minyak.

Kira-kira 58% pengeluaran minyak dan 45% pengeluaran gas asli telah ditutup di Teluk Mexico. Untuk pengetahuan, wilayah ini menyumbang 17% daripada jumlah pengeluaran minyak dan 5% gas asli Amerika Syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 8 sen kepada $44.43 setong, manakala WTI Amerika Syarikat menokok sebanyak 7 sen kepada $42.41 setong pada sesi Asia hari ini.

Selain itu, dagangan minyak mentah turut disokong oleh laporan OPEC yang menunjukkan negara yang gagal memenuhi sasaran pemotongan pengeluaran pada Mei hingga Julai perlu memotong pengeluaran sehingga lebih 1 juta tong sehari untuk dua bulan sebagai menebus kegagalan mereka sebelum ini.

Namun begitu, kebimbangan berterusan terhadap permintaan global disebabkan sekatan coronavirus di beberapa negara tetap membataskan kenaikan dalam harga komoditi hitam tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat