Ancaman Terhadap Kapal Tangki Minyak, Britain Arah Kapal Bot Iran Berundur

695

Pegawai Amerika Syarikat melaporkan berkenaan insiden 5 buah kapal bot dipercayai milik Iranian Revolutionary Guards telah mendekati kapal tangki minyak British di Teluk pada Rabu dan mengarahkan supaya kapal tangki tersebut berhenti di perairan Iran yang berhampiran, namun berundur setelah diberi amaran oleh kapal perang British.

Tiada sebarang komen susulan daripada Menteri Pertahanan Britain berhubung kejadian tersebut.

Insiden berlaku selepas hampir seminggu tentera laut Diraja British memeriksa kapal tangki minyak Iran, Grace 1, dari Gibraltar dan merampasnya kerana disyaki melanggar arahan sekatan dengan membawa minyak ke Syria.

Kejadian tersebut juga berkemungkinan adalah cubaan oleh Iran untuk mengancam kapal tangki minyak Britain susulan insiden rampasan Grace 1 milik Iran sebelum ini.

Pada awal Rabu, Presiden Iran Hassan Rouhani berkata Britain akan menerima akibat daripada tindakan merampas kapal tangki minyak Iran.

Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat serta sekutunya kian meningkat sejak Washington bertindak melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Iran dan mahukan kadar eksport minyak Iran ke paras sifar sebagai tekanan untuk membendung tindakan Iran yang dikatakan menyalahi perjanjian keselamatan.

Iran sebaliknya membalas respon ke atas sekatan tersebut dengan mula melanggar paras halangan untuk kegiatan nuklearnya di bawah perjanjian 2015 bersama kuasa dunia.

Sebelum ini, beberapa kapal tangki minyak diserang di perairan berhampiran selatan pantai Iran pada bulan Mei dan Jun. Amerika Syarikat menyalahkan Iran namun, Tehran menafikan sebarang penglibatan.

Susulan kejadian tersebut, pada bulan lalu dilaporkan pula serangan tembakan ke atas drone milik Amerika Syarikat berhampiran Selat Hormuz, mendesak Presiden Donald Trump untuk mengarahkan serangan balas udara sebelum arahan tersebut ditarik semula pada saat akhir.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat