Anda Pasti Merasa Kemanisan Seorang Trader Jika Anda Buat Perkara Ini

1,611

Kebanyakan trader yang baru dalam bidang ini hanya melihat daripada 1 sudut pandang sahaja iaitu trading ini merupakan satu jalan paling cepat nak dapatkan wang untuk hidup senang dan selesaikan masalah yang berkaitan dengan wang.

Lama kelamaan sudut pandang ini akan berubah, ada yang sedar perjalanan untuk menjadi seorang trader berjaya memerlukan usaha dan pengorbanan.

Namun ramai juga yang kecundang gara-gara mahu cepat kaya, pinjaman dalam jumlah besar dibuat, trade menggunakan full margin secara membabi buta.

Dan tidak ketinggalan mereka yang menyertai skim ponzi yang berasaskan trading Komoditi, Forex, malah saham!

Antara pengorbanan yang perlu dilakukan adalah dengan berdikit-dikit pada permulaan dalam dunia trading.

Maksudnya di sini, berjimat cermat dalam berbelanja ke arah yang lebih baik maksdunya merujuk kepada berbelanja mempelajari ilmu yang betul, backtest sistem trading yang terbukti boleh meraih keuntungan dan menyimpan untuk mengumpul capital untuk trade.

Ramai yang tersalah anggap yang kehidupan seorang trader pada mulanya terus senang lenang mampu naik kereta berkuasa kuda, trade di tepi pantai sahaja.

Sebenarnya ia lebih daripada itu, awalnya ramai trader yang bermula susah dan jika anda sanggup untuk bermula dengan susah dan berdikit-dikit, tidak mustahil anda akan mampu trade sambil backpack mengelilingi dunia.

Jadi untuk dapatkan banyak wang, kurang berbelanja bermula sekarang.

Duit rokok, duit kopi mahal boleh diperuntukkan untuk modal supaya satu hari nanti, kopi dan rokok mahal anda dibayar oleh bisnes trading ini.

Apabila mendapat rentak dan sistem trading yang terbukti berkesan, percayalah kemanisan berdikit itu akan dirasai seperti madu segar dari sarang lebah.

Jom sama-sama kita capai minda trader kelas pertama!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat