Anda Perlu Faham Kenapa Forex Trading ini Macam Naik Roller Coaster

5,725

Kadang kala trade forex memang macam roller coaster. Ada naik dan turun. Naik slow, turun laju. Rasa gayat dan macam-macam bermain di emosi kita. Macam naik roller coaster, sedangkan kita hanya di hadapan PC atau chart. Tak naik pun. Menarik bukan rasanya? Rasa begini selalunya di alami oleh yang belum serasi dengan forex trading.

Akan ada masanya, anda akan asyik rugi sahaja.  Semalam rugi, hari ini rugi, minggu lepas rugi, minggu ni rugi sehingga anda berfikir “boleh ke aku buat forex ni?”, “trading sistem ini betul ke boleh pakai?” Anda akan mula meragui diri anda, sistem anda dan keyakinan anda mula rapuh.

Sebenarnya, jika kita telah mengikuti sistem yang sebelum ini memang menguntungkan; maka kita perlu sedar bahawa kerugian hanyalah sebahagian daripada perniagaan ini, seperti mana juga keuntungan.  Apa yang kita perlu faham adalah; dalam perniagaan memang akan ada untung rugi, pasang surut dan bukan seperti kerja makan gaji.  Kerja makan gaji, MC pun gaji Jalan.  Jadi mentality berbeza diperlukan dalam menempa kejayaan sebagai seorang trader.

Kadang-kadang, mungkin sebab stop loss ‘hit’ kerana adanya campur tangan ‘central bank’ yang menyebabkan ‘spike’. Anda harus bersyukur kerana anda mempunyai stop loss untuk melindungi akaun, kerana tanpa ‘stop-loss’ mungkin akaun anda akan terus ‘stopped out’.

Memang stress bila rugi, tapi kalau pun nak stress biarlah kena pada tempatnya.  Contohnya stress sebab tak ikut pelan dagangan dan ambil setup yang sepatutnya diambil.  Ini akan membuatkan anda sedar bahawa mungkin anda telah trade tikam-tikam tanpa analisa, atau ambil ‘post’ terlalu banyak yakni ‘overtrade’.

Kita perlu muhasabah diri dan buat ‘journal’ untuk ketahui kenapa kita ambil sesuatu ‘post’.  Mungkin kita telah tidak menjadi diri kita sendiri ketika trade.  Sebagai contoh, sekiranya anda seorang yang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan, mungkin anda lebih sesuai dengan ‘trading style’ swing atau ‘position’, bukan cuba untuk scalping.

Jadi jika anda telah mengikuti sistem yang telah terbukti berkesan dan masih terdapat kerugian, beritahu diri anda yang ianya hanyalah sebahagian daripada perniagaan. Semua orang alaminya. Mungkin masa anda belum sampai. Dan adakalanya mungkin sudah tiba masanya untuk anda berehat atau meluangkan masa bersama keluarga dengan keuntungan yang telah anda buat sebelum ini. Tidak lari chart dikejar. Forex trading jarang bercuti, jadi kenapa tergopoh-gapah.

Ride roller coaster anda slow dan steady! Anda akan merasa kenikmatannya “journey” anda.

Free modal USD5 apabila anda buka akaun forex dengan klik link di sini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat