Anda Rasa The Fed Pagi Nanti Dovish Ke Hawkish?

339

Keputusan mesyuarat polisi Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada awal pagi Khamis, dijangka akan menyaksikan kadar faedah kekal di paras 0.25%.

Sementara kenyataan susulan daripada ahli mesyuarat dan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pula akan menjadi tumpuan utama pasaran mengenai petunjuk polisi bank pusat untuk tahun hadapan.

Walaupun prospek untuk tahun 2021 telah meningkat susulan pelancaran vaksin coronavirus, tetapi gambaran jangka pendek kembali merosot sejak pertemuan terakhir Fed berikutan krisis pandemik yang semakin buruk.

Ini pastinya menimbulkan dilema buat Powell dan pembuat dasar lain yang secara konsisten mengatakan mereka bersedia untuk memberi lebih banyak sokongan bagi menyokong pemulihan, termasuk meningkatkan pembelian aset.

Persoalannya, adakah ini saatnya untuk Fed bertindak?

Selain mengekalkan kadar faedah tidak berubah, terdapat khabar angin yang menjangkakan bahawa Fed mungkin akan meningkatkan rangsangan dengan memperpanjangkan kematangan pembelian aset.

Pasaran turut menjangkakan para penggubal dasar akan memberikan panduan mengenai berapa lama lagi Fed dapat meneruskan atau dalam keadaan apa ia akan mengurangkan pembelian bon kerajaannya.

Fed juga mungkin akan lebih menumpukan perhatian pada pakej rangsangan fiskal yang akan dilancarkan oleh Kongres AS dan menilai kesannya terhadap pemulihan ekonomi, seiring dengan pelancaran vaksin di seluruh negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat