Anda Trade OIL? Ini Isu-Isu Yang Wajib Trader Ambil Tahu!

642

Pembukaan dagangan awal minggu menyaksikan minyak mentah kembali didagangkan positif yang didorong oleh satu lagi ancaman taufan yang melanda Teluk Mexico dan laporan mengenai rancangan Iran untuk membunuh duta besar Amerika yang pastinya bakal memburukkan lagi hubungan dua negara itu.

Walau bagaimanapun, kenaikan diraih agak terbatas berikutan kebimbangan meningkat mengenai bekalan minyak mentah melebihi permintaan terhadap bahan bakar yang masih lagi rendah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok sebanyak 12 sen kepada $39.95 setong, manakala WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat 22 sen kepada $37.56 setong.

Ancaman ribut tropika Sally dilaporkan semakin meningkat apabila ia diramalkan akan menjadi taufan pada Isnin sehingga memaksa penutupan fasiliti minyak untuk kali kedua dalam tempoh kurang sebulan setelah taufan Laura melanda wilayah tersebut.

Sementara itu, Politico melaporkan bahawa Iran sedang mempertimbangkan rancangan untuk membunuh duta besar Amerika ke Afrika Selatan sebagai membalas dendam terhadap kematian jeneral tertingginya, Qassem Soleimani pada Januari lalu.

Tindakan yang bakal meningkatkan lagi ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran ini, dilihat sedikit sebanyak telah menyokong kenaikan harga minyak mentah.

Dalam pada itu, tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan laporan bulanan OPEC mengenai jumlah pengeluaran pada Ogos dan pengemaskinian unjuran terhadap permintaan. Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Menteri Bersama OPEC+ (JMMC) pada Khamis ini tentunya akan menjadi tumpuan utama pelabur minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat