Andiamo! Itali Luluskan 26% Cukai Kripto!

86

“Agak-agak negara apa pula yang akan ikut jejak langkah Itali?”

Setelah sekian lama menganggap mata wang kripto sebagai mata wang asing, Senat Itali akhirnya membuka matanya terhadap aset digital dengan meluluskan belanjawan 2023.

Antara butiran terkandung dalam belanjawan tersebut adalah pengenaan cukai sebanyak 26% kepada para pelabur yang memiliki keuntungan modal pada pedagangan aset kripto melebihi 2,000 euro.

Selain itu, perundangan pula menyebut bahawa kripto merupakan aset digital yang boleh dipindahkan ataupun disimpan secara elektronik melalui teknologi distributed ledger.

Bagi mendorong rakyat Itali mengisytiharkan aset digital masing-masing, rang undang-undang memberi kelonggaran kepada rakyatnya untuk membayar cukai sebanyak 14% jika mereka dedahkan nilai pegangan kripto pada 1 Januari lepas.

Undang-undang tersebut turut merangkumi pengampunan cukai untuk mengurangkan penalti kepada individu yang tidak membayarnya dan wujudkan pekerjaan serta pengurangan umur persaraan melalui insentif fiskal.

Manakala perniagaan mahupun isi rumah yang menghadapi krisis tenaga akan diberi pelepasan cukai sebanyak 21 bilion euro bernilai $22.4 bilion.

Dalam pada itu, perundangan Itali telah melaksanakan rangka kerja kawal selia konsisten terhadap kripto di 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selepas rang undang-undang diluluskan oleh Markets in Crypto Assets (MiCA).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat