Angka Sebenar Rakyat Amerika Dijangkiti Coronavirus Mungkin Lebih 20 Juta!

403

Pakar kesihatan kerajaan AS percaya bahawa lebih daripada 20 juta warga Amerika mungkin dijangkiti coronavirus, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada jumlah rasmi ketika peningkatan kes terus berlaku di beberapa negeri di AS.

Ini kerana kebanyakan orang yang pernah atau menghidapi penyakit tersebut didapati tidak menunjukkan apa-apa gejala bahawa mereka telah dijangkiti.

Anggaran baru oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) itu dibuat berdasarkan pada ujian serologi yang digunakan untuk menentukan kehadiran antibodi yang menunjukkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit tersebut

Menurut pegawai CDC, anggaran itu berdasarkan jumlah kes jangkitan yang diketahui, yang kini mencecah 2.4 juta di AS, dikalikan dengan kadar purata antibodi yang dilihat dari ujian serologi, kira-kira purata dari 10 hingga 1.

Sekiranya anggaran ini benar, ia menunjukkan bahawa kadar kematian di negara itu mungkin lebih rendah daripada yang disangkakan. Setakat ini, lebih 124,000 telah meninggal dunia akibat Covid-19, menurut data yang diterbitkan Johns Hopkins University.

Anggaran itu dibuat apabila pegawai kerajaan menyedari bahawa kebanyakan kes baru muncul di kalangan golongan muda yang tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak tahu mereka telah dijangkiti.

Amerika Syarikat menyaksikan satu lagi peningkatan kes tertinggi pada Khamis, dengan sejumlah 37,000 kes baru jangkitan telah dilaporkan di negara itu, terutama Florida, Texas, California dan Arizon.

Keadaan yang membimbangkan ini seterusnya memaksa Gabenor Texas, Greg Abbott untuk menangguhkan dahulu rancangan untuk pembukaan semula negeri itu berikutan kes baru Covid-19 yang semakin meningkat.

Anda mungkin juga berminat