Angkara Coinbase, Bitcoin ‘Terciduk’ Lagi!

539

“Sekarang kalau tengok BTC macam mendatar je, jadi mesti korang bosankan?”

Gagal mengekalkan kedudukannya di atas $63,000, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum sehingga $61,142 setelah Coinbase didapati mengalami gangguan seluruh sistem biarpun pasukannya menegaskan semua dana para pelanggannya berada dalam keadaan selamat.

Amaran kegagalan sistem tersebut telah berlaku dalam beberapa minit sahaja selepas terdapat banyak isu tercetus seperti “degraded transactions”, di mana pengguna tidak dapat menghantar kripto atau mengeluarkan mata wang fiat.

Namun perlu diketahui terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) pada hari ini bakal menjadi tumpuan utama susulan pelabur mungkin mencari panduan mengenai tindakan akan dilakukan Federal Reserve (Fed) seterusnya untuk kadar faedah.

Memang tidak dinafikan niaga hadapan dana Fed kini hanya memperuntukkan kebarangkalian 5% penurunan kadar faedah bagi Jun 2024, tetapi sesetengah penganalisis tetap menjangkakan terdapat peningkatan kebarangkalian pengurangan kadar faedah yang dapat mendorong harga BTC melepasi $65,000.

Penganalisis turut berpandangan tekanan inflasi akan berkurangan sepanjang separuh kedua tahun ini, bagaimanapun ia masih bergantung pada pertumbuhan ekonomi perlahan dan pengangguran yang makin tinggi.

Menurut Mike Novogratz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Galaxy Digital yang sungguh percaya pasaran kripto sedang berada dalam fasa consolidation selepas suku pertama yang kukuh telah menjangkakan BTC buat masa ini akan berlegar antara julat $55,000 dan $75,000 sebelum mendaki lebih tinggi.

Tambahnya lagi, BTC sentiasa memerlukan naratif susulan sekiranya ramai menganggap aset digital tersebut sebagai emas digital, perlu diketahui selalunya BTC mempunyai dua naratif iaitu makro dan permintaan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.08% pada paras $61,666 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 1.44% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat