Anti-Kripto Elizabeth Warren Rayu Powell Turunkan Kadar Faedah!

311

“Hmm tapi tulah macam tak percaya je Powell ni akan turunkan kadar faedah walaupun ramai desak.”

Elizabeth Warren, Senator Amerika Syarikat (AS) menyeru Federal Reserve (Fed) menurunkan sasaran kadar faedahnya semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan berlangsung pada Khamis minggu ini.

Beliau yang menghantar surat kepada Pengerusi Fed Jerome Powell telah mendakwa kadar faedah 5.5% semasa bank pusat tersebut bukan sahaja dapat memperlahankan ekonomi malah memacu kos insurans perumahan dan kenderaan yang menjadi pendorong utama kadar inflasi.

Menurunkan kadar faedah akan meletakkan AS sejajar dengan Kanada dan Kesatuan Eropah (EU) susulan kedua-dua bank pusat tersebut telah bertindak menurunkan kadar faedah pada minggu lepas buat kali pertama dalam beberapa tahun, ulas Warren lebih lanjut.

Tambahnya lagi, Fed telah mengekalkan kadar faedah terlalu tinggi dalam masa agak lama, jadi sudah tiba masanya untuk mengurangkan kadar faedah sekiranya bank pusat AS tidak ingin melihat negara berada dalam kemelesetan dan mendorong beribu-ribu pekerja keluar dari pekerjaannya.

Menurut Fed sejurus selepas mesyuarat FOMC terakhirnya pada Mei 2024, bank pusat AS berpandangan mengurangkan julat sasaran adalah tidak wajar sehingga mendapat keyakinan lebih tinggi bahawa inflasi akan bergerak ke sasaran 2%.

Susulan pertumbuhan pekerjaan dan pengangguran rendah dapat mengekalkan kadar faedah lebih tinggi, ramai pihak menjangkakan terdapat kebarangkalian 99% untuk Fed mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC Jun kemudian pemotongan berkemungkinan bermula pada September atau November.

Suka dimaklumkan kadar faedah lebih rendah yang semakin tiba akan mendorong harga kripto termasuk BTC melonjak lebih tinggi sehingga memecahkan paras tertinggi sepanjang masanya biarpun harganya kini sedang bergerak lemah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat