Antivirus Norton 360 Tampil Dengan Ciri Perlombongan Ethereum (ETH)

563

Firma perisian antivirus, Norton dalam perkembangan terbaru mendedahkan akan menambah ciri terbaharu di mana penggunanya boleh melombong (mining) Ethereum (ETH).

Dikenali sebagai Norton Crypto, ciri tersebut akan dimasukkan ke dalam perisian sekuriti LifeLock.

Memandangkan aktiviti perlombongan kripto sering menjadi mangsa malware, Norton melihat peluang melombong kripto dengan perlindungan anti-virus secara serentak.

Secara terperincinya, Norton Crypto menggunakan peranti GPU untuk melombong Ethereum, yang mana pengguna boleh memindahkan ke dalam wallet yang tersimpan di cloud bagi jika berlakunya kegagalan hardware.

Buat masa sekarang, mereka masih lagi menjalankan ujikaji ciri terbaru ini kepada beberapa sukarelawan untuk mengenalpasti penambahbaikan yang diperlukan.

Norton Crypto dijangka tersedia buat semua pengguna Norton 360 dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat