Apa Cerita Bursa Malaysia Selepas Kes Harian Covid-19 Terus Meningkat?

211

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi perdagangan hari ini berikutan mendapat sokongan daripada sentimen pasaran yang dilihat kembali meningkat.

Pada 9.05 pagi, petunjuk aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 4.25 mata kepada 1,495.58 daripada 1,491.33 sewaktu penutupan pasaran pada Rabu.

Bernama melaporkan, indeks utama itu dibuka 2.32 mata lebih tinggi kepada 1,493.65.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 168 berbanding 127, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,645 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 180.9 juta unit bernilai RM89.29 juta.

Malacca Securities berkata bursa tempatan mempamerkan aliran keluar dana asing bagi sembilan sesi perdagangan yang berterusan susulan pendirian negatif terhadap pasaran secara menyeluruh.

Baru-baru ini, pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai penyambungan sidang Parlimen pada September dan peningkatan kadar vaksinasi membantu mengurangkan ketidakpastian di pasaran.

Firma broker mengeluarkan jangkaan bahawa sektor utiliti yang dilihat stabil berkemungkinan akan menjadi tumpuan di kala pasaran dibanjiri sentimen negatif secara menyeluruh.

Dalam pada itu, sektor teknologi mungkin akan papar kenaikan yang lebih tinggi setelah Nasdaq mencatat peningkatan pada semalam.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.03, Public Bank meningkat tiga sen kepada RM3.99 dan Petronas Chemicals naik Sembilan sen kepada RM8.09.

Manakala, IHH Healtcare tidak berubah kepada RM5.71 dan TNB jatuh tujuh sen kepada RM9.76.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange dan BTM masing-masing menambah 1.5 sen kepada 77 sen dan 25 sen, SBC melonjak 10 sen kepada 61 sen dan Saudee dan Matang masing-masing naik setengah sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 34.29 mata pada 10,989.75, Indeks FBMT 100 meningkat 30.32 mata kepada 10,699.58 dan FBM ACE naik 21.63 mata kepada 7,104.1.

FBM 70 meningkat 41.08 mata kepada 14,587.331, dan FBM Emas Shariah Indeks melonjak 22.44 mata kepada 12,054.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 86.47 mata kepada 14,801.14, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 0.78 mata kepada 188.29 dan Indeks Perladangan susut 2.69 mata kepada 6,063.76.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat