Apa Dah Berlaku – US Dolar Tiba-Tiba Kembali Dapatkan Momentum?

3,891

US dolar secara tiba-tiba bangkit daripada kelesuan pada hari Rabu dalam sesi dagangan Amerika Syarikat. Ini secara tidak langsung menghentikan penurunan berturut-turut tiga sesi, apabila kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan ekonomi global dan peningkatan inflasi mengimbangi sentimen.

Pada hari Selasa, Powell berjanji bank pusat A.S. akan menaikkan kadar faedah setinggi yang diperlukan, termasuk mengambil kadar melebihi neutral, untuk mengekang lonjakan inflasi yang dapat mengancam asas ekonomi.

Menurut Michael Brown, penganalisis pasaran di Caxton di London bahawa pengambilan risiko semalam telah mula mereda dalam pembukaan dagangan. Justeru permintaan terhadap US dolar kembali mempersonakan dengan sentimen yang semakin goyah.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama mengukuh 0.25% kepada paras dagangan 103.665.

Lanjut Brown, secara teknikal ia membawa indikasi kenaikan bagi indeks US dolar kerana US dolar berjaya bertahan di atas paras sokongan sebelumnya pada 103.20.

Matawng pound susut 0.6% berbanding US dolar pada hari Rabu selepa data menunjukkan inflasi British meningkat kepada 9%, paras tertinggi dalam 40 tahun. Dengan pelabur mengurang pegangan ke atas matawang berisiko, dolar Australia dilihat sebagai proksi kecairan susut 0.4%. Pertumbuhan gaji Australia meningkat pada suku lepas, menyebabkan pelabur mengurangkan pertaruhan pada kenaikan yang lebih besar dalam kadar faedah..

Pasaran mata wang kripto dilihat agak tenang selepas kejatuhan pasaran pada minggu lalu. Harga Bitcoin jatuh kira-kira 3% an terakhir didagangkan pada $29,285.67.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat