Apa Dah Jadi? Harga Bitcoin (BTC) Kecundang Ke Paras Terendah Sejak September!

2,206

Harga bitcoin telah jatuh ke paras terendah sejak September lalu sebentar berikutan sentimen kenaikan kadar faedah dan inflasi yang terus menyebabkan para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan kedudukan dagangan dalam aset berisiko.

Harga Bitcoin jatuh sebanyak 6% untuk menyentuh paras rendah $39,771.91 berdasarkan Coin Metrics. Kali terakhir terakhir ia didagangkan kira-kira 3.5% lebih rendah kepada $41,014.85. Ether, aset kripto kedua terbesar berdasarkan nilai pasaran, jatuh lebih daripada 7% di bawah paras harga $3,000. Harga Ethereum pada ketika itu didagangkan pada harga $2,940.

Sentimen pelaburan kripto juga terkesan dengan trend dagangan di pasaran saham terutamanya dalam saham teknologi. Memandangkan hasil Perbendaharaan A.S. 10 tahun melonjak naik pada 2022, pelabur telah beralih kepada instrumen yang lain. Pada hari Isnin, bon 10 tahun naik setinggi 1.8%.

Menurut pengamat pasaran di Genesis, beliau mendapati bahawa corak dagangan bitcoin adalah seperti corak dagangan aset berisiko sejak beberapa bulan lalu. Apabila para pelabur gelisah, harga BTC juga turut terkesan (jatuh).

Pada bulan November yang lalu, harga Bitcoin telah melonjak ke paras tertinggi iaitu hampir $69,000 yang diikuti oleh bacaan inflasi yang melonjak naik pada kadar tertinggi dalam tempoh 30 tahun.Rentetan itu pelabur beralih kepada aset lindung nilai seperti emas dan juga bitcoin. Namun apabila corak pelaburan lebih cenderung ke arah corak pelaburan saham, segelintir para pelabur berbelah bahagi dengan sama ada menganggap sebagai pelindung nilai atau tidak.

Pengumuman teh Fed pada minggu lalu telah memberi kesan mendalam terhadap BTC apabila ia telah jatuh hampir 40% sejak bacaan tertinggi November lalu. Saham kripto juga didagangkan lebih rendah pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat