Apa Dah Jadi Dengan AUD/USD Ni?

481

Mata wang komoditi dolar Australia (AUD) pamerkan penyusutan nilai yang ketara pada sesi Asia hari ini selepas pasaran memberi reaksi terhadap keputusan mesyuarat bank pusat Australia sebentar tadi.

Reserve Bank of Australia (RBA) pada mesyuarat dasar monetari kali pertama untuk tahun 2021 masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah 0.10%.

Namun, penggubal dasar telah memutuskan untuk meningkatkan lagi program pembelian bon dengan nilai $100 bilion pada pertengahan April bertujuan untuk menyokong pekerjaan dan inflasi negara.

Tindakan pelonggaran polisi tersebut telah mendorong penyusutan buat dolar Aussie sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga pada mulanya pamerkan kenaikan pada pembukaan sesi Asia sehingga ke paras 0.76600.

Namun selepas mencapai paras ketinggian dagangan pada Isnin itu, harga kemudiannya menjunam semula susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat RBA.

Harga bergerak turun semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang kembali memberi isyarat trend menurun.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon support pada 0.75700 selepas harga melepasi paras sokongan pada minggu lalu.

Zon tersebut turut menjadi paras sokongan ketika harga memulakan lonjakan pada penghujung dagangan Disember 2020 yang lalu.

Sekiranya harga berjaya melonjak kembali, paras rintangan 0.76600 akan diuji sekali lagi sebelum perubahan trend bullish akan mendorong kenaikan lebih tinggi berkemungkinan ke paras sekitar 0.77000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat