Apa Dah Jadi Pada Bitcoin Untuk Hari Ini?

2,189

Harga Bitcoin pada hari Jumaat menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan setelah bank pusat Turki memutuskan untuk melarang penggunaan matawang kripto untuk tujuan pembayaran bermula akhir bulan ini.

Bank Pusat Republik Turki (CBRT) menyenaraikan beberapa alasan kenapa larangan tersebut dikenakan antaranya ialah mekanisme pengawalseliaan yang lemah dan kekurangan peraturan kripto dari pihak berkuasa.

Selain itu turunt dijadikan pertimbangan ialah pergerakan harga pasaran kripto yang bersifat sangat volatile, kecurian wallet dapat membawa kepada kehilangan aset kripto dan penggunaan kripto dalam transaksi yang tidak sah.

Harga Bitcoin telah merosot sebanyak 4% kepada $ 60,902, setelah mencapai tahap tertinggi sepanjang masa di atas $ 64,000 pada awal minggu ini dan Ehter turun hampir 5% kepada $2,401.

Menurut Central Bank of the Republic of Turkey (CBRT), penyedia perkhidmatan pembayaran tidak berpeluang mengembangkan model perniagaan dengan cara aset kripto digunakan secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan perkhidmatan pembayaran dan penerbitan wang elektronik, dan tidak akan dapat memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan model perniagaan tersebut.

Institusi pembayaran dan wang elektronik tidak akan dapat mengantara platform yang menawarkan perkhidmatan perdagangan, perlindungan, pemindahan atau pengeluaran bagi aset kripto atau pemindahan dana dari platform ini.

Pada bulan lalu, Ketua Eksekutif Tesla Elon Musk telah membenarkan rakyat Amerika membeli Tesla dengan menggunakan bitcoin. Dalam masa yang sama, perkhidmatan PayPal juga telah membenarkan pelanggan membeli barangan dengan matawang kripto. Walaubagaimanapun, CBRT berpendapat aset kripto membawa “risiko yang besar.”

Turki bukan satu-satunya negara yang ingin mengambil tindakan keras terhadap aset digital. Turut dilaporkan India akan mengusulkan undang-undang yang melarang matawang kripto dalam perdagangan atau menyimpan kripto.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat