Apa Dah Jadi – US Dolar Terus Menjunam Lebih Parah?

931

Pembukaan dagangan bulan Ogos memperlihatkan US dolar didagangkan susut setelah kembali mencatatkan kenaikan ketika ditutup akhir minggu lalu susulan pengambilan untung oleh pelabur menjelang hujung minggu dan akhir bulan.

Walaubagaimanapun, prestasi tersebut bertambah parah, apabila US dolar susut lebih lanjut pada sesi pasaran NY berikutan masih merangkul risiko yang berkaitan kenyataan dari penggubal dasar the Fed pada minggu lalu bahawa pihak mereka tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah dan menghentikan rangsangan ekonomi.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding enam matawang utama susut 0.17% kepada paras dagangan 91.937. Indeks US dolar pada minggu lalu susut 0.88%, iaitu minggu terburuk sejak awal Mei.Menurut Marc Chandler, ketua strategi pasaran di Bannockburn Global Forex, selera risiko pasaran mula meningkat kembali.

Tambah menekan US dolar ialah data ISM Pembuatan yang lemah dimana ia jatuh dari 60.6 mata kepada 59.5 mata pada bulan Julai. Tempahan baru juga jatuh dari 66.0 mata kepada 64.9 mata.

Disisi lain Euro mengukuh 0.16% berbanding US dolar kepada paras dagangan $ 1.8884. Ini menunjukkan sedikit reaksi terhadap laporan Indeks Pembelian Pengurus (PMI) pembuatan bulan Julai yang dianggap sebagai penggerak pasaran. Pound pula mengukuh 0.17% kepada $ 1.3913 menjelang mesyuarat Bank of England pada akhir minggu ini.

Nada dovish dari the Fed menyebabkan pasaran kurang berminat untuk bertaruh pada US dolar. Justeru, Win Thin, ketua strategi mata wang global di Brown Brothers Harriman, berpendapat pengukuhan US dolar berkemungkinan tidak berlaku dalam masa terdekat sehingga naratif the Fed bernada hawkish.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat