Apa Itu MetaMask?

6,935

Menceburi sektor kripto, pelabur tidak akan terlepas dengan MetaMask. Di mana-mana sahaja laman web yang menyediakan info mengenai token kripto, pasti terselit juga maklumat atau iklan berkaitan MetaMask.

Apa itu MetaMask?

Secara umumnya, MetaMask merupakan wallet Ethereum yang bercirikan sumber terbuka (open-source) dan ia menyokong pelbagai jenis token mengikut standard ERC-20 atau non-fungible tokens (NFT).

Plugin ini dipasang seperti plugin yang lain dan kegunaannya selain menyimpan Ether (ETH) dan token ERC-20, pelabur boleh melakukan transaksi ke mana-mana alamat Ethereum.

Bukan itu sahaja, dengan menghubungkan wallet ini dengan Dapps di Ethereum, pengguna boleh membelanjakan koin mereka dalam games dan dagangkan di pertukaran desentralisasi seperti Uniswap.

Mudah je untuk install MetaMask. Sama ada Google Chrome, Brave atau Firefox, anda bebas untuk memilih mengikut keselesaan. Bagi peranti mudah alih, ia tersedia di iOS dan Android.

Menariknya lagi, MetaMask juga boleh dihubungkan dengan wallet lain seperti Trezor dan Ledger.

Sebagai amatur kepada plugin ini, pengguna WAJIB untuk menyalin dan simpan Secret Backup Phrase sebaik sahaja mendaftar kerana ini sahaja SATU-SATUNYA cara untuk restore akaun anda jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Satu perkara lagi yang anda perlu peduli ialah privasi. MetaMask adalah hot wallet yang mana tampil di peranti yang dihubungkan dengan internet yang mana sangat berisiko tinggi.

Disebabkan itu sangat digalakkan untuk peka dalam memberi akses ke mana-mana laman web kerana simpanan dan rekod transaksi yang dilakukan berpotensi tinggi untuk bocor di laman web yang mencurigakan.

MetaMask menampilkan ciri yang ringkas dan mudah digunakan. Maka, tidak hairanlah mengapa ia merupakan pilihan utama kebanyakan pelabur kripto.

Namun pelabur perlu beringat, setiap kelebihan ada kekurangan. Dan kekurangan itu dapat diatasi jika anda melabur dengan berhati-hati.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat