Apa Itu PancakeSwap?

3,779

Selain pertukaran tidak berpusat (decentralized exchange, DEX) Uniswap yang terkenal di rangkaian Ethereum, PancakeSwap mula mendapat perhatian sebagai DEX terunggul di rangkaian Binance Smart Chain (BSC).

Dilancarkan pada 20 September 2020, PancakeSwap adalah pertukaran tidak berpusat bagi token BEP-20 dengan ciri penggunaan model automated market maker (AMM).

Untuk pengetahuan, AMM membenarkan pengguna untuk berdagang dengan tabung aliran dana (liquidity pool) dan mengumpul ganjaran.

Pool di PancakeSwap dikenali sebagai SYRUP, yang mana di sini akan dipenuhi dengan dana pengguna lain. Terbaru, pengguna juga boleh stake CAKE di Pancake Bunny Pools di mana berpotensi untuk meraih token BUNNY.

PancakeSwap menawarkan transaksi yang pantas dengan kos yang rendah berbanding projek-projek DeFi yang dibangunkan di Ethereum. Malah, boleh dikatakan juga PancakeSwap setanding dengan SushiSwap dan Uniswap.

Bagaimana ia berfungsi?

Liquidity (Aliran Dana)

Pengguna boleh menambah aliran dana dengan menambah token mereka ke dalam SYRUP. Mereka akan menerima pulangan token penyedia aliran dana (liquidity provider, LP) PancakeSwap yang dikenali sebagai token FLIP.

Staking 

Dengan menambah aliran dana ke dalam pool, pengguna akan mendapat token LP sebagai ganjaran. Terdapat tiga pilihan tersedia:

  • Terima CAKE menerusi staking LP
  • Stake CAKE untuk dapatkan lebih banyak CAKE
  • Stake CAKE untuk dapatkan token daripada projek lain di BSC seperti DODO, UST (Terra USD) atau LINA (Linear Finance)

Farming

Farming bermaksud mengaut sebahagian besar token atau matawang kripto. Antara pilihan popular termasuklah:

  • CAKE-BNB LP
  • BUSD-BNB LP
  • BETH-ETH LP
  • USDT-BUSD LP
  • USDC-BUSD LP
  • DAI-BUSD LP
  • LINK-BUSD LP
  • TWT-BNB LP

Jadi apa yang ditawarkan oleh PancakeSwap, mungkin jauh lebih baik berbanding Uniswap?

  • Transaksi yang pantas dengan kos yang rendah (PancakeSwap vs Ethereum)
    • PancakeSwap – kos transaksi: dari $0.04-$0.20, tempoh transaksi: kurang daripada 5 saat
    • Ethereum – kos transaksi: rekod 2021 mencecah lebih $20, tempoh transaksi: 5 minit
  • Tiada tuntutan KYC
    • PancakeSwap tidak seperti pertukaran berpusat yang memerlukan pematuhan kepada Know Your Customer dan Anti-Money Laundering (KYC/AML). Tuntutan itu menarik privasi pengguna melalui penyediaan dokumen tambahan untuk mengesahkan identiti pengguna.
  • Diaudit dan terjamin
    • Platform ini diaudit oleh firma sekuriti siber, Certik dan menerima perlindungan:
      • Security Oracle
      • CertiK Shield
      • DeepSEA
      • The CertiK Virtual Machine
  • Menang non-fungible tokens (NFT) di PancakeSwap
    • Platform ini memiliki ruang untuk pemenang NFT. Pemenangnya pula akan dipilih secara rawak dan siapa yang bertuah sahaja berpotensi untuk mendapatkan NFT.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat