Apa Itu Token SafePal? Harganya Tengah Menggila Naik!

653

“Adakah harga SFP akan tembus $0.70 dalam masa terdekat ini?”

Token diasaskan oleh platform wallet mata wang kripto SafePal dipanggil SFP telah menyaksikan peningkatan luar biasa apabila harganya berjaya menggunung sehingga melepasi $0.60 daripada $0.47 pada 31 Ogos 2023.

SafePal yang diasaskan pada tahun 2018 telah disokong oleh pelbagai syarikat gergasi seperti Binance dan Animoca Brands, di mana kedua-dua platform tersebut memiliki pangkalan pengguna global melebihi 10 juta.

Platform wallet kripto itu yang merupakan tulang belakang penggunaan Web3 telah berusaha mengglobalkan penggunaan Web3 dan kewangan decentralized (DeFi) untuk menarik pangkalan pengguna celik teknologi.

Selain menawarkan pelbagai penyelesaian pengurusan aset digital seperti pertukaran cross-chain, perdagangan dan alat yield-generating, SafePal turut membenarkan penggunanya beli produk SafePal pada harga diskaun.

Susulan ingin menyediakan produk dan perkhidmatan non-custodial yang selamat, mudah diakses dan mampu milik, platform wallet kripto tersebut telah menyokong 15 bahasa, lebih 100 blockchain, token serta non-fungible token (NFT).

Suka dimaklumkan SafePal turut bijak membentuk perkongsian dalam meningkatkan kehadiran pasarannya susulan mereka baru-baru ini memeterai perjanjian bersama Klaytn Foundation untuk lancar wallet phygital edisi terhad yang menggabungkan pengalaman fizikal dengan koleksi digital.

Setelah volum dagangan SFP mengalami pendakian 714.74%, ramai pedagang berpandangan harganya akan melonjak tinggi lagi susulan minat dan aktiviti untuk aset digital tersebut semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Sehingga berita ini ditulis, harga SFP melonjak sebanyak 1.85% pada paras $0.58 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $294 juta seterusnya mencatatkan kenaikan 16.01% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat